Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

16 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

35

Soalan

​PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [ PERMATANG PAUH ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:

a) perkembangan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah untuk mewartakan Hutan Ulu Muda sebagai hutan tadahan air, memandangkan pembalakan berterusan menjejaskan iklim mikro dan corak taburan hujan tempatan; dan

b) kesediaan Kerajaan Pusat melunaskan pampasan yang dipersetujui Kerajaan Negeri Kedah setelah pewartaannya.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

a) Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, kawasan hutan di Ulu Muda mempunyai enam (6) kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang berkeluasan lebih kurang 163 ribu hektar yang menempatkan tiga (3) empangan iaitu:

(i) Empangan Pedu

(ii) Empangan Kuala Muda

(iii) Empangan Ahning

Daripada jumlah tersebut, seluas lebih kurang 51 ribu hektar telah dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Air dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman No. 341 bertarikh 10 Mei 2018 di bawah Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].

b) Pada masa ini, Kementerian sedang mengkaji beberapa insentif ekonomi melalui instrumen Ecological Fiscal Transfer (EFT) bersama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) untuk membantu Kerajaan Negeri yang telah mengambil tindakan melindungi kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu.

Sekian, terima kasih​


Attachments