Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

39

Soalan

TUAN AHMAD BIN HASSAN [ PAPAR ]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kementerian berkenaan pembinaan "Waterfront" di tebing Sungai Papar yang masih berbaki 50% (RM10j) walau pun sudah diluluskan dalam RMK11 demi menarik pelancong dalam dan luar Sabah.

Jawapan

​​​

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, projek 'waterfront' di Sungai Papar telah diluluskan di bawah RMKe-10. Projek 'waterfront' Fasa 1 sepanjang 250 meter daripada 500 meter panjang tersebut, mula dilaksanakan pada 16 Julai 2014 dan siap pada 23 Februari 2016 dengan kos berjumlah RM10 juta.
Peruntukan yang diterima di bawah RMKe-11 adalah untuk bayaran baki kontrak bagi penutupan akaun projek Fasa 1 berkenaan dan bukan peruntukan bagi pelaksanaan baki projek sebanyak 50% tersebut.

Untuk Fasa 2, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Sabah telah membuat permohonan peruntukan untuk menyambung projek berkenaan. Walaubagaimanapun, ianya perlu dipohon sebagai projek baharu dengan justifikasi yang kukuh memandangkan fokus utama Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) lebih kepada projek tebatan banjir serta hakisan pantai dan sungai. Kerja-kerja pengindahan tidak diberi keutamaan untuk dilaksanakan buat masa ini.

Sekian, terima kasih.​


Attachments