Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

54

Soalan

TUAN SU KEONG SIONG (KAMPAR)​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan rancangan, pelan pembangunan dan penyelenggaraan Geopark Lembah Kinta yang telah dimashyurkan sebagai tapak geologi Geopark Kebangsaan.

Jawapan

Tuan yang di- Pertua,

1. Rancangan, pelan pembangunan dan penyelenggaraan Geopark Lembah Kinta dan juga Geopark lain di masa akan datang, adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Bagi Geopark Lembah Kinta, ianya di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Perak.

2. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Geopark Lembah Kinta telah diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Taman Negeri Perak, iaitu sebuah Badan Berkanun di bawah Kerajaan Negeri Perak. Perbadanan Taman Negeri Perak bertanggung jawab menjalankan pengurusan Geopark Lembah Kinta seterusnya.

3. Bagi membantu Perbadanan Taman Negeri Perak menjalankan tanggungjawab mengurus Geopark Lembah Kinta, Majlis Penasihat Geopark Lembah Kinta telah diwujudkan, di mana terdapat 4 jawatankuasa yang dibentuk untuk membantu dalam menjayakan perjalanan Geopark Lembah Kinta iaitu:

i) Jawatankuasa Pengurusan
ii) Jawatankuasa Teknikal
iii) Jawatankuasa Promosi/Pelancongan
iv) Jawatankuasa Pemerkasaan Komuniti Setempat

4. Perancangan pada masa hadapan bagi Geopark Lembah Kinta adalah dengan memberi penekanan mengenai pembangunan dan penyelenggaraan geopark dengan kerjasama agensi/jabatan kerajaan negeri dalam Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Fizikal Negeri 2040.

Sekian, terima kasih.​


Attachments