Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

71

Soalan

TUAN WILLIE ANAK MONGIN [ PUNCAK BORNEO ]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:

a) apakah status perlaksanaan Projek tebatan Banjir di Kampung Sebemban yang telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta; dan

b) adakah Kementerian berhasrat dan mempunyai pelan memperbaiki saliran dan pengairan di kawasan Kampung Bratan, Kampung Bratan Asah, Kampung Sikog, Kampung Mambong, Taman Duranda Mas, Kpg Bayur, Kpg Tringgus Bong, Kpg Tringgus Muan, Kpg Rabak Rotan, Kpg Bijuray, Kpg Maang, Kpg Sinjok, Kpg Tijirak dan Kpg Duras yang sering dilanda banjir akibat kelemahan sistem saliran dan pengairan.​


Jawapan

​​​

Tuan Yang di-Pertua,

Rancangan Tebatan Banjir Kampung Sebemban, Lembangan Batang Sadong, Sarawak telah diluluskan dengan dengan siling kos projek sebanyak RM2.75 juta dalam RMKe-11. Projek ini telah ditender dan kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada Ogos 2019. 

Bagi perancangan jangka pendek, KATS menyalurkan peruntukan melalui JPS negeri untuk melaksanakan Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir. Skop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaiktaraf dan menyelenggara aset/struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.

KATS akan menilai keperluan bagi memperbaiki sistem saliran di kawasan-kawasan yang dinyatakan untuk dipertimbangkan dan dimasukkan dalam permohonan RMKe-12.

Sekian, terima kasih.​


Attachments