Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

74

Soalan

PUAN WONG SHU QI [ KLUANG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan operasi terkini oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor di kawasan Mersing pada bulan Jun dan jumlah orang ditahan serta hutan yang telah diceroboh oleh kumpulan tersebut.​

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Perhutanan Negeri Johor memberi perhatian serius terhadap aktiviti penguatkuasaan yang melibatkan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan pengeluaran kayu di Tanah Kerajaan serta Tanah Berimilik bagi tujuan pembangunan tanah. Jadual rondaan dan pemantauan setiap bulan akan disediakan oleh Pejabat Hutan Daerah dan Unit Risikan dan Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Johor bagi tujuan pemantauan serta kawalan. Selain itu, beberapa operasi juga dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan. 

Bagi daerah Mersing, jadual perancangan aktiviti rondaan, pemantauan dan operasi untuk bulan Jun 2019 telah disediakan dengan melibatkan aktiviti seperti pemeriksaan kawasan lesen pembalakan, pemeriksaan dalam transit dan operasi bersepadu bersama agensi lain.

Sebanyak empat (4) Operasi Bersepadu Sekatan Jalan Raya melibatkan agensi-agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) telah dilaksanakan bersama Pejabat Hutan Daerah Mersing Timur. Operasi ini bertujuan untuk memantau dan mengawal pemindahan hasil hutan supaya mematuhi Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985. Hasil daripada operasi mendapati aktiviti pemindahan hasil yang dijalankan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.

Selain itu, operasi turut dilakukan berdasarkan kepada aduan awam sepertimana serbuan yang dilaksanakan pada 4 Jun 2019 yang mana Pejabat Hutan Daerah Johor Timur telah menemui sembilan (9) buah jentera (jengkaut) dan lima (5) buah lori berada dalam kawasan Hutan Simpan Jemaluang Tambahan tanpa kebenaran dan tiada individu dijumpai di kawasan tersebut. Semua jentera dan lori tersebut telah disita untuk siasatan lanjut setelah kertas siasatan dibuka.

Sekian, terima kasih.


Attachments