Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

86

Soalan

YB CHA KEE CHIN [RASAH]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan menyatakan status terkini kadar tarif air di setiap negeri, memandangkan 6 negeri dikatakan akan menaikkan tarif air.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
1. Kadar tarif air yang berkuat kuasa pada masa ini adalah seperti berikut :

Bil. Negeri Purata Kadar Bagi Setiap Meter Padu (RM/m3) Tahun Semakan Terakhir Tempoh (Tahun)

1. Pahang
0.78
1983
36

2.Perlis
0.84
1996
23

3.Terengganu
0.83
1997
22

4.Perak
1.01
2006
13

5.​Selangor
1.50
2006
13

Bil. Negeri Purata Kadar Bagi Setiap Meter Padu (RM/m3) Tahun Semakan Terakhir Tempoh (Tahun)

6.Kedah
1.11
2010
9

7.Kelantan
1.12
2013
6

8.P. Pinang
0.99
2015
4

9.N. Sembilan
1.39
2015
4

10.WP Labuan
1.88
2015
4

11.Johor
2.20
2015
4

12.Melaka
1.47
2016
3

2. Berdasarkan kadar ini, purata kadar tarif air semasa hanyalah RM1.38 bagi setiap 1,000 liter. Kadar ini tidak melambangkan kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air iaitu RM2.31 bagi setiap 1,000 liter. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan meletakkan operator air dalam kedudukan kewangan yang lemah. Kesannya, perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna tidak dapat diberikan.

3. Dari segi perkembangan ke arah melaksanakan TSM, saya ingin memaklumkan bahawa sesi konsultasi dengan operator air, kerajaan-kerajaan negeri serta wakil pengguna telah dilaksanakan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Berikutnya, cadangan pelaksanaan TSM akan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.​


Attachments