Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

22 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

2

Soalan

​YB TUAN NGA HOCK CHEH Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada pemilik atau penghuni premis domestik dikehendaki membayar caj pembetungan bulanan yang dinyatakan dalam Peraturan Perkhidmatan Pembetungan (Caj) 1994 yang mana tiada perkhidmatan pembetungan diberikan oleh Pemegang Lesen di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sekyen 67 di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) menetapkan bahawa pemilik atau penghuni mana-mana premis yang kepadanya perkhidmatan pembetungan disediakan disifatkan telah berkontrak dengan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) apabila perkhidmatan pembetungan disediakan ke premis itu. Pemilik atau 
penghuni premis perlu membayar caj bulanan pembetungan seperti yang telah dinyatakan dalam Peraturan Perkhidmatan Pembetungan (Caj) 1994 dan Akta 655.

2. Perkhidmatan pembetungan bersambung disediakan secara berterusan kerana air sisa dari premis disalurkan ke loji rawatan kumbahan (LRK) melalui paip pembetungan di bawah tanah untuk dirawat sehingga memenuhi tahap piawaian Peraturan Kualliti Alam Sekeliling (Kumbahan). Bagi premis yang tidak berpenghuni, caj bulanan pembetungan juga perlu dibayar kerana infrastruktur pembetungan yang telah disediakan perlu diselenggarakan untuk sistem terus beroperasi dengan baik.

3. Walau bagaimanapun, jika premis tersebut tidak berpenghuni sekurang-kurangnya dalam tempoh enam (6) bulan di mana penggunaan air sebulan adalah 3 meter kubik dan bawah, pemilik atau penghuni premis bertanggungjawab memaklumkan pihak IWK untuk memberhentikan caj bulanan pembetungan. Caj akan dikenakan semula apabila premis tersebut telah diduduki. Untuk memastikan perkhidmatan yang lebih efisien, caj pembetungan minimum dikenakan terhadap premis yang tidak diduduki seperti yang diamalkan di dalam caj bekalan air.

4. Pemilik atau penghuni premis yang menggunakan perkhidmatan Tangki Septik Individu (IST) perlu membayar caj perkhidmatan pembetungan apabila menerima perkhidmatan pengosongan tangki septik. Mengikut Akta 655, IST perlu dikosongkan secara berkala di mana amalan terbaik (the best practice) adalah dua tahun sekali. IST yang tidak dikosongkan mengikut jadual adalah antara punca sungai-sungai tercemar. Oleh itu, pemilik atau penghuni premis IST perlu  memberi kerjasama untuk memastikan IWK dapat memberikan khidmat pengosongan IST mengikut amalan terbaik iaitu melakukan pengosongan tangki sekurang-kurangnya dua tahun sekali​


Attachments