Tuan Yang di-Pertua,
1. Bagi menyokong keperluan bekalan air ke kawasan perindustrian di Sabah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan tiga (3) projek berjumlah RM1.0114 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) seperti berikut:
a) penambahan kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II dari 80 juta liter sehari (JLH) kepada 160 JLH termasuk saluran paip
utama dan tangki simpanan dengan kos yang diluluskan sebanyak RM429.2 juta;
b) penambahan kapasiti LRA Kogopon dari 40 JLH kepada 80 JLH termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan dengan kos diluluskan sebanyak RM312.22 juta;
Kedua-dua projek ini adalah untuk memenuhi keperluan bekalan air untuk pembangunan industri di kawasan pantai barat seperti kawasan KKIP (Kota Kinabalu Industrial Park) dan kawasan SOGT (Sabah Oil & Gas Terminal) di Kimanis.
c) Sistem Bekalan Air di Lahad Datu – Fasa I dan II melibatkan pembinaan loji kapasiti 60 JLH dan sistem agihan dengan kos yang diluluskan sebanyak RM270 juta untuk memenuhi keperluan bekalan air bagi kawasan Palm Oil Industrial Centre (POIC) di daerah Lahad Datu.
Sekian, terima kasih.