Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

22 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

53

Soalan

DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIMMinta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan terkini kerja-kerja pemetaan "hazard" banjir di seluruh negara dan sejauh mana data ini dapat mengurangkan nilai kerugian rakyat apabila menghadapi musibah banjir kilat luar jangka.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman, sehingga kini Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah membangunkan 39 Peta Hazard Banjir di seluruh negara.
Peta Hazard Banjir adalah satu peta yang dihasilkan daripada permodelan hidrodinamik yang menunjukkan kedalaman dan keluasan banjir yang
paling kritikal bagi sesuatu kawasan dengan mengambil kira input hidrologi (data hujan) sehingga ke tahap ekstrem.
Bagi mengurangkan masalah banjir luar jangka, kegunaan utama Peta Hazard Banjir ini adalah untuk Penilaian Risiko Banjir yang terdiri daripada:

i) Perancangan Projek-projek Tebatan Banjir yang mana Kerajaan boleh mengambil langkah struktur (structural approach) bagi membina sistem kawalan banjir yang optimum dari segi teknikal, ekonomi, sosial dan persekitaran bagi kawasan yang berisiko tinggi;

ii) Sebagai panduan perancangan gunatanah oleh Kerajaan Negeri bagi mengelakkan kawasan dataran banjir dibangunkan sebagai kawasan penempatan; dan

iii) Dapat mengenalpasti kawasan-kawasan yang dilanda banjir beserta kedalaman banjir tersebut yang boleh dijadikan panduan kepada Agensi Pengurusan Bencana sebagai langkah awal menghadapi banjir.

Sekian, terima kasih​

Attachments