Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

23 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

24

Soalan

TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sedarkah Kementerian bahawa hutan simpan kekal berterusan dicerobohi. Apakah dasar dan polisi Kerajaan terhadap isu ini kerana terbukti penguatkuasaan gagal membanteras aktiviti-aktiviti penerokaan secara haram.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memandang serius isu pencerobohan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Dalam hal ini, tindakan bagi membendung kesalahan ini akan diambil sebaik sahaja pencerobohan HSK dikesan bagi mengelakkannya daripada terus berleluasa.
NO. SOALAN: 24
2
Statistik terkini menunjukkan aktiviti pencerobohan HSK terutamanya yang melibatkan pembalakan haram di Semenanjung Malaysia adalah terkawal dan melibatkan kawasan yang kecil berbanding keluasan HSK yang ada. Pada tahun 2018, kawasan yang terlibat dengan pembalakan haram adalah seluas 109 hektar di mana jumlah ini kurang daripada satu (1) peratus daripada keluasan HSK di Semenanjung Malaysia.
Sehingga kini, JPSM mempunyai enam (6) Standard Operating Procedure (SOP) yang melibatkan skop penguatkuasaan dan perundangan melalui Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) bagi mengawal dan membendung penerokaan haram di HSK.
KATS melalui JPSM turut mengadakan inisiatif program penguatkuasaan bersepadu. Program tersebut diadakan bagi memperkasakan penguatkuasaan dalam membanteras penerokaan haram di dalam dan di luar HSK seperti berikut:
(a) Penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET);
(b) Pasukan penguatkuasaan perhutanan di negeri-negeri telah disediakan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak dan penggunaan senjata api;
(c) Program kawalan menyeluruh di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi (hotspot) bertujuan membanteras aktiviti pencerobohan dan pembalakan haram di Hutan Simpanan Kekal;
3
(d) Penubuhan Unit Perisikan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi membantu tindakan penguatkuasaan yang tepat dan pantas;
(e) Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time; Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS); dan
(f) Penubuhan Pusat Pemantauan Sumber Hutan Negara yang beroperasi 24 jam di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dalam pemantauan kesalahan hutan.
Sekian, terima kasih.
4​


Attachments