Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

24 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

6

Soalan

YBTM JAWAB

DATUK LEE TIAN SING​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status terkini tentang pelaksanaan kajian semula Dasar Perhutanan Negara yang telah dilancarkan pada tahun 1992 (NFP 1992).

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) kini dalam usaha mengkaji dan menyediakan suatu Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia yang lebih menyeluruh untuk memastikan sektor perhutanan terus menyumbang ke arah pencapaian pembangunan negara. Dasar ini dijangka siap pada tahun 2020.
2
Kementerian telah memulakan usaha untuk menggubal sebuah Dasar Perhutanan Malaysia (DPM) yang akan mengekalkan kepentingan ketiga-tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pada masa kini, persetujuan secara prinsip telah dicapai di antara ketiga-tiga wilayah mengenai penetapan kenyataan, rasional dan objektif bagi DPM. Strategi dan pelan tindakan bagi ketiga-tiga wilayah berkenaan dijangka boleh dimuktamadkan pada tahun 2020.

Sekian, terima kasih.​


Attachments