Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

24 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

84

Soalan

Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini dan masalah kelewatan bagi projek RTB Sungai Linggi dan adakah Kementerian bercadang untuk memperluaskan skop projek sehingga ke Seremban dan Ampangan bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda kawasan tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian ini melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 4, Negeri Sembilan dalam RMK-11 ini melalui peruntukan yang diluluskan dengan siling kos projek sebanyak rm70 juta.
Projek ini telah bermula pada 14 April 2018 dan dijangka siap pada pada 13 April 2021.

Sehingga kini, pelaksanaan kerja-kerja di tapak adalah sebanyak 14.72% di mana kerja-kerja utama sedang dilaksanakan. Berdasarkan kepada keadaan dan rekod banjir semasa di seluruh Negeri Sembilan, pelaksanaan PLSB Sungai Linggi ini dicadangkan untuk diteruskan sehingga ke Fasa 5 di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan meliputi kawasan sehinggga ke Bandar Seremban dan sekitarnya bagi mengurangkan impak banjir di masa hadapan,
.
Sekian, terima kasih.​


Attachments