Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

24 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

93

Soalan

​​DATO' ONG CHONG SWEN​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam melindungi sumber air yang berpotensi tercemar akibat sisa-sisa pepejal yang meresap ke dalam tanah yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Perkara berkaitan dengan pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Setiap negeri mempunyai perundangan berkaitan sumber air yang tersendiri termasuk hal-hal berkaitan dengan larangan pencemaran di kawasan sumber air.

Walaubagaimanapun, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) ada melaksanakan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu/ Integrated River Basin Management (IRBM). Ia merupakan kaedah terbaik yang memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi mencapai objektif iaitu Memastikan Air Mencukupi, Memastikan Air Bersih, Mengurangkan Risiko Banjir dan Meningkatkan Pemuliharaan Alam Sekitar. Melalui pelan IRBM ini, kementerian telah menyediakan perancangan dan pembangunan lembangan untuk rujukan kerajaan negeri dalam sesuatu pembangunan agar tidak mengancam kelestarian alam sekitar.

Dalam usaha memulihara sungai, perlu untuk kita mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan impak yang bakal dihadapi sekiranya pencemaran sungai terus berlaku.
Selain daripada peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, KATS berpandangan pihak-pihak berkepentingan lain juga boleh terlibat dalam usaha memelihara dan memulihara kualiti air sungai. Contohnya adalah dengan memperkenalkan program sukarela river rehabilitation bersama pihak NGO, persatuan masyarakat yang berada di lembangan sungai berkenaan, entiti komersial dan lain-lain supaya dapat mewujudkan sense of belonging terhadap sungai di kawasan mereka.

KATS juga sedang menggubal Rang Undang-Undang Sumber Air (RUU SA). RUU SA bertujuan untuk menyeragamkan undang-undang pengurusan sumber air dan penjagaan sungai di seluruh Negara. Ini merupakan usaha Kementerian dalam melengkap dan mengukuhkan kawalan kuantiti dan kualiti sumber air termasuk perancangan, pembangunan dan penguatkuasaan kawalan pencemaran di peringkat negeri. Ini akan memastikan keperluan Negara dalam menyokong pembangunan Negara yang mapan di mana wujudnya sungai yang bersih, air yang mencukupi, selamat serta persekitaran yang kondusif untuk kehidupan. Pemakaian RUU SA di peringkat negeri akan dapat memastikan sumber air dapat dipelihara. RUU SA juga akan mengisi kekurangan dan keterbatasan undang-undang sediada.

Sekian, terima kasih.​


Attachments