Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

24 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

103

Soalan

DATUK RAZALI BIN IDRIS​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang diambil bagi menangani masalah bencana banjir yang bakal melanda negeri-negeri Pantai Timur pada musim tengkujuh mendatang.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah mengambil beberapa tindakan bagi menangani masalah bencana banjir yang bakal melanda negeri-negeri Pantai Timur pada musim tengkujuh mendatang seperti :

1) Melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) – PRAB Fasa 1 melibatkan 3 lembangan sungai iaitu Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Pahang.
Projek PRAB Fasa 1 masih dalam pelaksanaan dan sedang diuji jalan. PRAB membolehkan agensi penyelamat dan orang ramai membuat persediaan awal sebelum kejadian banjir berlaku bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa; dan

2) Melaksanakan Program Pemuliharaan Sungai dimana KATS menyalurkan peruntukan ke seluruh Negara melalui JPS Negeri. Skop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaiktaraf dan menyelenggara aset/struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.

Sekian, terima kasih​

Attachments