Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

25 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

95

Soalan

DATUK LEE TIAN SING​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan dengan jelas pendirian Kementerian mengenai tuntutan terhadap Kerajaan negeri tentang pemilikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada Kampung Baru Cina dan Kampung Orang Asli. Sekiranya tidak, apakah justifikasinya

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) telah memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh memberi milik sesuatu tanah Kerajaan kepada pemohon bagi tempoh tidak melebihi 99 tahun. Walau bagaimanapun, subseksyen 76(aa) telah meluaskan kuasa PBN untuk memberi milik tanah Kerajaan secara selama-lamanya tertakluk kepada keadaan-keadaan khas.Subseksyen 76(aa) KTN menjelaskan bahawa pemilikan pegangan selama-lamanya terhadap sesuatu tanah hanya boleh berlaku apabila PBN berpuas hati:

i) bahawa pemberimilikan adalah diberikan kepada Kerajaan Persekutuan;

ii) pemberimilikan tanah akan digunakan untuk maksud awam; dan

iii) terdapat keadaan khas yang memerlukan ia berbuat demikian.

Majlis Tanah Negara ke-73 telah bersetuju memperincikan keadaan khas bagi subseksyen 76(aa)(iii), yang antara lain menyatakan bahawa Kerajaan Negeri boleh memberi milik tanah Kerajaan untuk tempoh selama-lamanya bagi projek-projek di bawah Kerajaan Negeri yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa secara case by case basis.

Sekian, terima kasih.​

Attachments