Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

25 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

114

Soalan

DATUK DONALD PETER MOJUNTIN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan dana supaya Projek Kota Kinabalu Water Supply Phase III (KKWSP3) dapat disiapkan di negeri Sabah.​

Jawapan

​​​

Tuan Yang di-Pertua,

1. Projek Kota Kinabalu Water Supply Phase III (KKWSP3) merupakan cadangan daripada Kerajaan Negeri terdahulu yang juga dikenali sebagai Empangan Air Kaiduan bertujuan menampung keperluan bekalan air di Bahagian Pantai Barat Sabah.

2. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan telah menilai semula cadangan projek tersebut dan menggantikannya dengan cadangan pelaksanaan Empangan Air Papar yang terletak di daerah Papar dengan peruntukan RM3 bilion di bawah Rolling Plan 4 2020. Dimaklumkan bahawa projek ini akan dilaksanakan secara turnkey oleh Kerajaan Negeri. Namun begitu, kelulusan Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan projek ini belum diperolehi dan projek ini sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri Sabah


Attachments