Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

29 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

12

Soalan

​PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEHMinta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pendirian Kerajaan berkenaan penanaman industri hemp yang hanya dipromosikan oleh badan-badan berkanun Kerajaan seperti RISDA & KADA malah terdapat juga daripada kalangan Exco Negeri.

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

Pendirian kerajaan berkenaan penanaman Cannabis sativa atau hemp adalah dilarang dan tidak dibenarkan berdasarkan Akta Dadah Berbahaya,1952 [Akta 234], kecuali untuk tujuan penyelidikan. Di bawah Akta 234, sebarang permohonan pembelian biji benih perlu mendapat kelulusan Menteri Kesihatan.

Sekian, terima kasih.​

Attachments