Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

29 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

28

Soalan

Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan usaha bersepadu untuk menangani masalah perparitan dan saliran di luar bandar khususnya di Penampang, Sabah untuk mengatasi masalah banjir yang merugikan rakyat berjuta-juta ringgit setiap tahun.
JAWAPAN
Tuan Yang​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah dan sedang berusaha merangka langkah-langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi mengurangkan risiko banjir dan kesan akibat banjir di seluruh Negara. Langkah masa jangka pendek adalah dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sistem saliran dan sungai melalui peruntukan Negeri dan Persekutuan. Dibawah program pemulihan sungai untuk mengurangkan
risiko banjir sebanyak 12 sebutharga telah dilaksanakan di Daerah Penambang dengan peruntukan RM1.369 Juta. Bagi tahun 2019 pula, sebanyak RM2.87 Juta disalurkan bagi melaksanakan 17 kerja-kerja sebut harga bagi mengurangkan risiko banjir.
Langkah jangka panjang pula adalah dengan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir. Bagi mengurangkan risiko banjir di sebahagian kawasan di Penampang, Kerajaan telah meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 dengan siling kos projek sebanyak RM281 Juta.
Buat masa ini, Antara kerja-kerja yang sedang dilaksanakan di tapak adalah:
i) Pakej 1: membina dan menaik taraf Parit 18A, Penambahbaikan Parit A dan kerja-kerja berkaitan di Sungai Kibabaig;
ii) Pakej 3: kerja-kerja menaik taraf dan kerja-kerja berkaitan Sungai Putatan, Sabah
Peruntukan untuk pelaksanaan 4 akan dipohon dalam RMK-12. Manakala bagi projek Pakej 2 ianya masih dalam peringkat rekabentuk dan dijangka akan ditender pada tahun 2019.
Sekian, terima kasih.​


Attachments