Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

29 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

112

Soalan

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada negeri Selangor untuk membaik pulih sistem perparitan dan sungai untuk mengatasi masalah banjir di negeri Selangor.


Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) telah meluluskan peruntukan bagi tahun 2019 kepada Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor bagi mengatasi masalah banjir berjumlah RM16.9 juta bagi pelaksanaan lima (5) projek berikut :
1) Projek Penstabilan Tebing Sungai Aur, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan (Fasa 1)

2) Pembinaan Sistem Saliran Mesra Alam Di Kawasan Operasi Pelabuhan Klang Dan Sekitarnya

3) Pemuliharaan Serta Pengindahan Kolam Takungan Banjir Sungai Damansara

4) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh, Selangor

5) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 1, Selangor
Di bawah Program Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir pula, Negeri Selangor turut mendapat peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir di negeri tersebut.

Sekian, terima kasih​


Attachments