Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

29 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

115

Soalan

DATO' DR. ANANTHAN A/L SOMASUNDARAM​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan krisis bekalan air di Kedah selain daripada pengumuman projek menaik taraf loji air Bukit Selambau dan Tupah yang bernilai RM69 Juta.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM1.76 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11) bagi membangunkan infrastruktur bekalan air di negeri Kedah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.11 bilion peruntukan bagi menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) dan Sistem Pam. Manakala peruntukan sebanyak RM600 juta untuk Pembinaan Paip Dasar Laut Pulau Langkawi dan RM104.7 juta untuk kerja-kerja pengurangan 
kadar air tidak terhasil (non revenue water (NRW) di negeri Kedah dan Pulau Langkawi.

2. Kesemua projek ini bertujuan untuk memastikan sistem bekalan air di seluruh negeri Kedah dapat menampung keperluan pengguna dan seterusnya mengelakkan berlaku sebarang krisis air. Projek-projek ini dalam pelbagai peringkat perancangan pelaksanaan termasuk penyediaan dokumen tender dan proses perolehan oleh pihak Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) selaku agensi pelaksana.

Sekian, terima kasih.​


Attachments