Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) menerusi Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia amat mengambil berat terhadap penyeludupan hidupan liar yang berlaku di Negara ini.
Antara usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian menerusi Jabatan PERHILITAN bagi membanteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam adalah seperti berikut:
2
(i) Memperkukuhkan perundangan dengan meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Antara cadangan pindaan adalah dengan peruntukan seksyen baharu iaitu Wildlife Impact Assessment (WIA) bagi aktiviti pembukaan kawasan yang melibatkan habitat hidupan liar.
(ii) Menjalankan operasi penguatkuasaan yang dirancang dari semasa ke semasa seperti Ops Taring, Ops Jerat, dan Ops Belang;
(iii) Menjalinkan kerjasama dengan agensi antarabangsa iaitu Interpol (2016-2019) di dalam Ops Dragon, Ops Chameleon, Ops Thunderstorm dan Ops Thunderball;
(iv) Memperkasakan Unit Jenayah Hidupan Liar atau Wildlife Crime Unit (WCU) Jabatan PERHILITAN yang beroperasi di seluruh negeri;
(v) Memantapkan penguatkuasaan 14 pos di pintu keluar/masuk Negara di Semenanjung Malaysia dengan penempatan pegawai penguatkuasa;
(vi) Memperkukuhkan penguatkuasaan menerusi perisikan iaitu “intelligence led enforcement”;
(vii) Meningkatkan latihan dan kemahiran penguatkuasaan di kalangan pegawai;
(viii) Melaksanakan aktiviti kesedaran awam di setiap peringkat lapisan masyarakat;
(ix) Berkerjasama dengan pihak NGO untuk mendapatkan maklumat berkaitan jenayah hidupan liar;
(x) Mempergiatkan aktiviti pemantauan ke atas kegiatan penjualan hidupan liar melalui internet;
(xi) Memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi penguatkuasaan – Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja
3
Malaysia, Unit Pencegahan Penyeludupan, Kastam dan Agensi Pengawalan Maritim Malaysia;
(xii) Meningkatkan kerjasama serantau di bawah ASEAN-Wildlife Enforcement Network (ASEAN-WEN); dan
(xiii) Mengeratkan kerjasama dua hala dengan kerajaan Thailand bagi mencegah penyeludupan di sempadan.
Antara tahun 2016 hingga 2018, sebanyak 370 kes penyeludupan hidupan liar telah berjaya direkodkan dengan 178 kes telah didakwa di bawah peruntukan Akta Hidupan Liar 2010. Antara tindakan yang telah diambil terhadap pesalah-pesalah tersebut bagi tahun 2016 hingga 2018 adalah denda sebanyak RM 3,000.00 hingga RM 56,600.00 dan penjara antara 3 bulan hingga 8 bulan.
Sekian, terima kasih.