Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

31 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

44

Soalan

​DATUK RAZALI BIN IDRIS​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah jangka panjang bagi memastikan hidupan liar seperti Harimau, Badak Sumbu dan Gajah tidak pupus dan adakah terdapat pelaburan serta program pembiakan dan santuari khusus untuk haiwan tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa komited dalam usaha konservasi hidupan liar di Semenanjung Malaysia dengan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:
Bagi spesies Harimau, Jabatan PERHILITAN telah:
2
(i) Membangunkan Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NTCC) di Lanchang, Pahang seluas 80 hektar bagi tujuan meliarkan semula (rewilding) harimau sebelum pelepasan di hutan-hutan terpilih;
(ii) Menjalankan Survei Harimau Kebangsaan Pertama (1st National Tiger Survey - 1st NTS) di seluruh Semenanjung Malaysia melibatkan kawasan kajian seluas 44,000 km2 bagi mendapatkan populasi sebenar Harimau Malaya;
(iii) Melaksanakan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan 2008-2020 (NTCAP)
Bagi spesies Gajah pula, Jabatan PERHILITAN telah:
(i) Melaksanakan Pelan Konservasi Gajah Kebangsaan 2013-2022 (NECAP);
(ii) Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor untuk membangunkan Pusat Pentadbiran Santuari Gajah Johor (JES) yang mempunyai kawasan padang ragut gajah seluas 72.9 hektar dan kawasan kompleks yang merangkumi pejabat pentadbiran dan pengurusan hidupan liar seluas 466 hektar;
Manakala bagi spesies Badak Sumatera, usaha konservasi Jabatan PERHILITAN termasuklah:
(iii) Menggunakan kaedah pembiakan terkini seperti Assisted Reproductive Technology (ART) bagi program pembiakan dalam kurungan spesies hidupan liar terancam;
(iv) Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah di dalam perundingan dengan pihak Indonesia bagi menjalankan program pembiakan Badak Sumatera;
3
Disamping menguruskan spesies, jabatan PERHILITAN turut
(i) Menjalankan program konservasi hidupan liar secara ex-situ iaitu melalui pembiakan di dalam kurungan untuk menyediakan stok hidupan liar bagi program pelepasan semula ke habitat semula jadi;
(ii) Menguruskan kawasan perlindungan seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara Terengganu, Taman Negara Kelantan, Taman Negara Pulau Pinang dan rezab-rezab hidupan liar bagi keliaran (roaming) hidupan liar di habitat semula jadi;
(iii) Meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] bagi mengenakan hukuman yang lebih berat untuk kesalahan menceroboh kawasan rizab-rizab, kezaliman terhadap hidupan liar dan aktiviti pengiklanan atau perdagangan hidupan liar secara atas talian (online);
(iv) Melaksanakan Program penguatkuasaan seperti Ops Belang dan Ops Khazanah secara berterusan bagi membanteras pencerobohan dan pemburuan haram hidupan liar; dan
(v) Melaksanakan program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) secara berterusan seperti Program Pendidikan Biodiversiti, pameran, ceramah dan program bersama masyarakat setempat, pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam.
Sekian, terima kasih.​

Attachments