Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

31 July 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

118

Soalan

DATUK RABIYAH BINTI ALI​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah empangan yang menjadi sumber bekalan air mentah negara sehingga Jun 2019 serta berapakah projek-projek pembinaan empangan baru agar sumber bekalan air mentah mencukupi untuk populasi rakyat Malaysia.​

Jawapan

​

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Jun 2019 terdapat 61 buah empangan bekalan air di Malaysia yang mempunyai kapasiti takungan berjumlah 2,545 juta meter padu.
Di samping itu, terdapat juga 11 buah empangan yang dikawal selia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di mana fungsi utamanya adalah untuk tebatan banjir dan mempunyai fungsi sekunder sebagai empangan bekalan air mentah.

Bagi memastikan sumber bekalan air mentah yang mencukupi untuk rakyat, terdapat sebanyak dua (2) projek pembinaan empangan bekalan air baharu sedang dilaksanakan iaitu Empangan Tawau, Sabah dengan kos RM470.39 juta yang dijangka siap pada tahun 2021 dan Empangan Jernih, Melaka dengan anggaran kos sebanyak RM200 juta yang dijangka siap pada tahun 2023.

Sekian, terima kasih.​


Attachments