Tuan Yang Dipertua,
1. Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi naik taraf sistem bekalan air di Daerah Lipis. Di antara projek-projek yang terlibat adalah seperti berikut:
i. Pembinaan Muka Sauk di Sungai Jelai untuk Loji Rawatan Air (LRA) Jelai;
ii. Pembinaan Rumah Pam dan Tangki Sedutan di Jelai;
iii. Pemasangan Paip berukuran 500mm jenis keluli dari LRA Jelai ke Tangki Bukit Bius; dan
iv. Pemasangan Paip berukuran 400mm dari Tangki Bukit Bius ke Tangki Bukit Sarang.
2. Manakala bagi Projek Menaiktaraf LRA Merapoh, LRA Mela dan LRA Benta, Kerajaan Persekutuan tidak pernah menerima permohonan dalam RMKe11 dan projek tersebut tidak pernah diluluskan untuk dilaksanakan secara pinjaman. Dengan itu, Kerajaan Persekutuan tiada perancangan untuk meluluskan pelaksanaan projek tersebut kerana ianya tidak dipohon oleh pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).
Sekian, terima kasih