Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

30

Soalan

YB TUAN HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM [ KUALA TERENGGANU ] ​Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini Skim Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Negara bersama Kerajaan Negeri.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah merupakan suatu inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula industri perkhidmatan air di peringkat negeri. Langkah ini bertujuan memastikan kemapanan jangka masa panjang (full cost recovery) dan mewujudkan jaminan kelangsungan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna, pada kadar tarif yang munasabah.

2. Terdapat 4 komponen penting di dalam penstrukturan ini adalah seperti berikut :

i) Pengambilalihan pinjaman bekalan air Kerajaan Negeri oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan penyusunan semula tempoh bayaran melalui sewa pajakan selama 45 tahun;

ii) Penyediaan pembiayaan modal (CAPEX) oleh PAAB bagi menambah baik kecekapan serta kualiti perkhidmatan air;

iii) Operator air beroperasi berdasarkan "asset light model"; dan

iv) Kawal selia SPAN ke atas prestasi perkhidmatan bekalan air berdasarkan petunjuk prestasi utama yang ditetapkan.

3. Sebanyak 8 buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan telah menandatangani perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air.

4. Kementerian pada masa ini sedang menumpukan usaha bagi memuktamadkan rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air bagi Negeri Kedah, Pahang dan Terengganu.

Sekian, terima kasih.

Attachments