Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

59

Soalan

TUAN AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN [ SIK ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang masih belum diselesaikan di sebahagian Daerah Sik khususnya dan umumnya di negeri Kedah melalui pelaksanaan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, secara spesifiknya bekalan air bersih bagi Daerah Sik dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan dilaksanakan oleh oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA). Tiada penglibatan terus Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dalam hal ini.

2. Bagi perancangan keseluruhan bekalan air di Negeri Kedah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Projek Naiktaraf Loji Rawatan Air di bawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP4, RMKe11) melibatkan peruntukan lebih RM1.1 bilion. Kesemua projek ini kini dalam proses akhir perolehan dan dijangka dapat ditender pada Oktober 2019. Agensi pelaksana ialah SADA.

3. Dalam pada itu, Kementerian ini juga prihatin akan keperluan air bersih secara khusus di Langkawi. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM600 juta untuk pembinaan Off River Storage (ORS) Langkawi dan RM44.7 juta bagi Program Pengurangan Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) di Langkawi bagi pelaksanaan pelbagai projek bekalan air dalam menyokong Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkenal negara.

Sekian, terima kasih.

Attachments