Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

192

Soalan

DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN MOHAMED SAID [KUALA KRAU] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini perjanjian Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS).

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor dilaksanakan untuk memenuhi keperluan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025. Pelaksanaan skim ini terbahagi kepada 2 komponen utama iaitu Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).

PPAMPS yang dibina bagi menyalurkan air mentah berjumlah 1,890 juta liter sehari (JLH) daripada Pahang ke Selangor telah siap sepenuhnya pada 3 Mac 2015. Manakala LRAL2 berkapasiti 1,130 JLH pula dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2023.

Sekian. Terima kasih.

Attachments