Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

379

Soalan

PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status pelaksanaan projek tebatan banjir di Kota Samarahan khasnya di Kawasan Uni Garden dan Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang yang telah diluluskan sebelum ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Projek tebatan banjir di Kota Samarahan iaitu di kawasan Uni Garden dan Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang akan dilaksanakan di bawah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak.

Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak telah diluluskan dengan dengan siling kos projek sebanyak RM150

juta dalam RMKe-11. Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dalam proses lantikan perunding untuk rekabentuk terperinci secara tender terbuka. Perunding dijangka akan dilantik pada November 2019. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2021.

Sekian, terima kasih

Attachments