Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

409

Soalan

PUAN HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [ RANTAU PANJANG ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendirian Kementerian berkenaan cadangan penanaman ganja kesihatan bagi tujuan perubatan?

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, penanaman Cannabis sativa atau hemp adalah dilarang dan tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan penyelidikan. Sebelum hemp boleh ditanam untuk tujuan industri mahupun perubatan, kajian yang terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Kajian

tersebut perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk ekonomi, sosial, dan keselamatan. Bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan hemp yang boleh meningkatkan gelaja penagihan dadah, aspek kawalan dan pemantauan dari segi perundangan dan keselamatan perlu diberi perhatian.

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi berkepentingan lain sedang mengkaji potensi penanaman hemp di Malaysia. Kajian ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun.

Sekian, terima kasih.

Attachments