Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

378

Soalan

PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG [ KOTA SAMARAHAN ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sumbangan dan tindakan pada tahun 2019 oleh Kerajaan Persekutuan membantu Kerajaan Negeri Sarawak dalam mengatasi masalah bekalan air terawat di seluruh negeri Sarawak dan Kota Samarahan khasnya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sejajar dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11) di bawah Tonggak III iaitu Menuju Kearah Pembangunan Wilayah Yang Seimbang dan Tonggak VI iaitu Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi, Kerajaan Persekutuan komited untuk membantu Kerajaan Negeri Sarawak dalam menyediakan bekalan air terawat yang bermutu dan terjamin kepada penduduk negeri Sarawak.

 

2. Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah menyediakan peruntukan secara pinjaman di bawah RMKe-11 bagi pelaksanaan projek bekalan air m RM1.747 bilion kepada Negeri Sarawak. Peruntukan ini ialah untuk keseluruhan RMKe-11. Manakala peruntukan yang disediakan untuk tahun 2019 adalah RM81 juta untuk negeri Sarawak bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan kepada penduduk negeri Sarawak dengan liputan bekalan air di Sarawak kini adalah berada pada tahap 89.6%.

Sekian, terima kasih.

Attachments