Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

53

Soalan

DATUK JOHN AMBROSE ​Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan untuk menyelesaikan masalah kemudahan asas air dan elektrik yang sering menimpa kawasan perindustrian di Sabah kerana faktor ini mengakibatkan pihak pelabur tidak mahu beroperasi di Sabah.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi menyokong keperluan bekalan air ke kawasan perindustrian di Sabah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan tiga (3) projek berjumlah RM1.0114 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe11) seperti berikut:

a) penambahan kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II dari 80 juta liter sehari (JLH) kepada 160 JLH termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan dengan kos yang diluluskan sebanyak RM429.2 juta;  

b) penambahan kapasiti LRA Kogopon dari 40 JLH kepada 80 JLH termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan dengan kos diluluskan sebanyak RM312.22 juta;

Kedua-dua projek ini adalah untuk memenuhi keperluan bekalan air untuk pembangunan industri di kawasan pantai barat seperti kawasan KKIP (Kota Kinabalu Industrial Park) dan kawasan SOGT (Sabah Oil & Gas Terminal) di Kimanis.

c) Sistem Bekalan Air di Lahad Datu – Fasa I dan II melibatkan pembinaan loji kapasiti 60 JLH dan sistem agihan dengan kos yang diluluskan sebanyak RM270 juta untuk memenuhi keperluan bekalan air bagi kawasan Palm Oil Industrial Centre (POIC) di daerah Lahad Datu.

Attachments