Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah mendapat mandat untuk melaksanakan konsultasi semula bersama semua kerajaan negeri bagi mewujudkan perundangan yang seragam berkaitan pengurusan sumber air yang dinamakan Rang Undang-Undang Sumber Air (RUU SA) melalui keputusan yang dicapai dalam Majlis Air Negara (MAN) pada 25 Februari 2019.
Rang Undang-Undang ini bersifat model law dan tidak akan mengambil kuasa kerajaan negeri. Ia hanyalah sebagai enabling environment dalam
memastikan pengurusan sumber air yang lestari dan membolehkan isu-isu rentas sempadan dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Sesi konsultasi bersama kerajaan negeri di peringkat pegawai telah dilaksanakan sejak April 2019 di 5 negeri iaitu Perak, Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Melaka.
Manakala sesi konsultasi bagi negeri-negeri lain akan diadakan setelah mendapat tarikh yang sesuai daripada pihak negeri dan sesi konsultasi ini dijangka selesai dalam bulan September 2019.
Sekian, terima kasih.