Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

98

Soalan

DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perancangan terkini Kementerian dalam bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang kerap berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan dan perancangan terkini Kementerian melibatkan jangka masa pendek dan panjang.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Masalah bekalan air yang kerap berlaku di Labuan antara lain berpunca dari kemudahan loji yang usang, sistem pengepaman yang telah mencapai tahap maksimum, sistem takungan yang tidak mencukupi dan juga kekerapan kebocoran paip Asbestos Cement (AC).

2. Antara langkah-langkah yang sedang diambil Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi isu bekalan air di Labuan seperti berikut:

a) peruntukan sebanyak RM146.6 juta bagi menaiktaraf empangan dan loji di Labuan;

b) peruntukan sebanyak RM14.1 juta bagi kerja-kerja naiktaraf pam air bersih di Loji Rawatan Air di Kampung Lawa Gadong Beaufort;

c) peruntukan sebanyak RM100 juta bagi kerja-kerja penggantian paip sepanjang 30 km di sepanjang Jalan Mohd Salleh dari Simpang Tamu ke Simpang Bebuluh dan Jalan Bebuloh sehingga Terminal Shell Kiamsam. Urusan perlantikan perunding sedang dimuktamadkan dan kerja-kerja dijangka bermula pada suku keempat tahun 2020;

d) peruntukan sebanyak RM14 juta bagi kerja-kerja kawalan kebocoran/non revenue water (NRW) di Labuan. Kerja-kerja akan bermula pada 15 Julai 2019 dan dijadualkan siap dalam tempoh tiga (3) tahun; dan

e) peruntukan sebanyak RM8 juta bagi kerja-kerja pembinaan tangki air berkapasiti 2.4 juta liter sehari (JLH) di Ganggarak. Projek ini terpaksa ditender semula disebabkan prestasi kontraktor yang dilantik adalah tidak memuaskan.

3. Pelbagai usaha sedang giat dilaksanakan bagi memastikan masalah bekalan air di Labuan tidak berlaku dan fokus utama masa akan datang adalah untuk menggantikan semua paip AC di Labuan agar insiden gangguan bekalan air dapat dikurangkan dan kadar NRW dapat dikekalkan di bawah paras 20%.

Sekian, terima kasih.

Attachments