Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

115

Soalan

DATO' CHAI KIM SEN Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan senarai tatacara piawaian operasi (SOP) yang disemak semula bagi memperkemaskan aktiviti pengekstrakan bahan mineral atau perlombongan seperti letupan batu, aktiviti cari gali besi, bauksit, kuprum, emas dan sebagainya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah membangunkan beberapa Standard untuk Amalan Terbaik dan Garis Panduan semasa RMKe-11 dan telah disiapkan pada tahun 2018. Ini untuk memastikan industri perlombongan dan pengkuarian dapat dijalankan secara mampan bagi memastikan sumbangan industri ini kepada pembangunan dan ekonomi negara secara berterusan. Ia juga dapat memastikan industri perlombongan dan pengkuarian dijalankan mengikut amalan kejuruteraan perlombongan sebenar dengan mengambilkira kepentingan keselamatan, penjagaan alam sekitar dan kesihatan penduduk awam.

Terdapat enam (6) Amalan Terbaik, tiga (3) Garis Panduan dan satu (1) SOP telah dibangunkan seperti berikut:-

A. AMALAN TERBAIK (BEST PRACTICES)

B. GARIS PANDUAN (GUIDELINES)

C. PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)

 

Attachments