Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

147

Soalan

DATUK LEE TIAN SING Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah statistik bilangan kes laporan kegiatan pembalakan haram dalam Hutan Simpanan Kekal dan jumlah tangkapan yang telah dibuat mengikut pecahan negeri dari tahun 2010 hingga terkini, serta apakah statistik keluasan litupan hutan negara dari tahun 2014 sehingga kini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jadual Kesembilan, di bawah Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak mutlak ke atas hasil hutan. Bidang kuasa Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli iaitu melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah terhad kepada memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan, menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan serta menggalakkan industri berasas kayu dan perdagangan kepada Kerajaan Negeri melalui Pengarah Perhutanan Negeri masing-masing.

Secara umumnya terdapat dua (2) kategori lesen pembalakan di negara ini iaitu pembalakan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan pembalakan di luar HSK iaitu di dalam Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik. Pembalakan dalam HSK hanya dilaksanakan dalam kawasan yang telah dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran dan tebangan dilakukan secara terkawal melalui amalan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System – SMS). Bagi Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik, lessen pembalakan dikeluarkan bagi maksud pembersihan tanah untuk tujuan pembangunan tanah.

Kawasan hutan yang ditebang tanpa kebenaran atau lesen oleh Pihak berkuasa Negeri dikategorikan sebagai pembalakan haram. Kawasan yang telah dikesan terbabit dengan pembalakan haram pada tahun 2017 dan 2018 masing-masing adalah seluas 269 hektar dan 110 hektar. Jumlah kawasan yang terbabit dengan pembalakan haram ini mewakili kurang 1% daripada jumlah keluasan Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia.

Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) komited dalam membanteras aktiviti pembalakan haram dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK). Dalam hal ini, aktiviti penguatkuasaan untuk mengawal dan membanteras aktiviti pembalakan haram sentiasa dilaksanakan termasuk aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan pelbagai jabatan dan agensi penguatkuasaan lain. Berikut adalah bilangan kes dan bilangan tangkapan bagi pembalakan haram dalam HSK dari tahun 2010 hingga 2018: 3

Jadual: Statistik kes dan bilangan tangkapan kes pembalakan haram dalam Hutan Simpanan Kekal bagi tahun 2010 -2018

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik keluasan litupan hutan negara bagi tahun 2014 adalah 55.3%.

Sekian, terima kasih.

 

Attachments