Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

10 October 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

5

Soalan

​YBTM ​JAWAB BERSEKALI

YB DATO’ MANSOR OTHMAN [NIBONG TEBAL] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimana Kerajaan memastikan pelaksanaan kadar baru tarif air tidak membebankan rakyat dan kenaikan tarif air juga adalah sejajar dengan peningkatan mutu dan kualiti perkhidmatan bekalan air.

YB DATO’ HAJI JALALUDDIN BIN HAJI ALIAS [JELEBU] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah kenaikan tarif air yang dijangka berlaku pada penghujung tahun ini telah
2
dibincangkan dengan semua kerajaan negeri dan bagaimanakah pihak Kementerian memastikan kenaikan ini tidak membebankan pengguna terutamanya pengguna domestik.

YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED [JELI] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini cadangan untuk mengkaji semula tarif air seluruh negara. Apakah kos pengeluaran air bagi setiap negeri berbanding tarif yang dikenakan serta kaedah untuk menjadikan industri air seluruh negara lebih mapan dan le


Jawapan


YBTM JAWAB

Tuan Yang di-Pertua,

1. Cadangan pelaksanaan kadar baharu tarif air melalui Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM adalah bertujuan untuk mewujudkan mekanisme penetapan tarif air yang sistematik, telus serta adil bagi manfaat kita semua. TSM mempunyai dua ciri penting. Ciri pertama ialah penyeragaman struktur tarif sedia ada, dan ciri kedua ialah pelarasan kadar tarif sedia ada.
2. Purata kadar tarif air pada masa ini adalah rendah iaitu RM1.38 bagi setiap 1,000 liter berbanding kos sebenar iaitu RM2.31 bagi setiap 1,000 liter. Keadaan tarif yang tidak melambangkan kos sebenar ini telah melemahkan kemampuan kewangan operator air dan berisiko menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada pengguna.
3. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan meletakkan operator air dalam kedudukan kewangan yang lemah. Kesannya, perkhidmatan bekalan air yang berkualiti kepada pengguna tidak dapat diberikan. Tambahan lagi, kenaikan kos operasi tahunan tidak diimbangi dengan kenaikan tarif yang setara sekaligus meletakkan beberapa operator air dalam kedudukan kewangan yang sukar untuk memberikan perkhidmatan air yang berkualiti.
4
Tuan Yang Dipertua,
4. Dalam menetapkan kadar tarif air baharu di bawah TSM, Kerajaan mengambilkira kepentingan golongan berpendapatan rendah terhadap akses kepada bekalan air. Oleh itu, pelarasan tarif yang dicadangkan adalah minimum iaitu melibatkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter. Kadar ini secara umumnya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi. Bagi menjamin supaya pelaksanaan TSM tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah, Kerajaan akan memastikan kenaikan minimum dilakukan kepada jalur penggunaan antara 0 - 20 meter padu. Hal ini kerana penggunaan air dalam jalur tersebut adalah mewakili 47.8% pengguna domestik di Malaysia.
5. Pelaksanaan TSM adalah merupakan satu kaedah penting untuk menjadikan industri air seluruh negara menjadi lebih mapan dan lestari, terutamanya meningkatkan keupayaan kewangan operator air untuk melaksanakan projek-projek menambah baik infrastruktur sistem bekalan air seperti pembinaan loji rawatan air baharu, menaik taraf loji rawatan sedia ada, menggantikan paip uzur dan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan.
6. Dari segi perkembangan ke arah melaksanakan TSM, saya ingin memaklumkan bahawa sesi konsultasi dengan operator air, kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan serta wakil pengguna telah dilaksanakan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Melalui sesi konsultasi yang telah diadakan, penjelasan mengenai cadangan
5
NO. SOALAN : 5
TSM yang mengambilkira keperluan industri perkhidmatan bekalan air yang berbeza di setiap negeri telah diberikan. Cadangan pelaksanaan TSM dijangka akan dapat dilaksanakan pada tahun hadapan selepas diluluskan oleh Kabinet.
Sekian, terima kasih.​

Attachments