Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

10 October 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

23

Soalan

​TUAN WONG CHEN [ SUBANG ]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan pendirian Kementerian tentang penanaman, pengembangan dan pemprosesan minyak CBD bagi tujuan perubatan.

Jawapan

Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Cannabidiol (CBD) merupakan ekstrak atau minyak daripada daun, batang dan bunga hemp yang boleh diproses menjadi bahan utama dalam pelbagai rantaian produk makanan, kosmeseutikal dan perubatan. Walau bagaimanapun, mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, penanaman Cannabis sativa atau hemp adalah dilarang dan tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan penyelidikan. Sebelum hemp boleh ditanam untuk tujuan industri mahupun perubatan, kajian yang terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Kajian tersebut perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk ekonomi, sosial, dan keselamatan.

Bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan hemp yang boleh meningkatkan gejala penagihan dadah, aspek kawalan dan pemantauan dari segi perundangan dan keselamatan perlu diberi perhatian. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan serta agensi-agensi berkepentingan lain sedang mengkaji potensi penanaman hemp di Malaysia. Kajian tersebut dijangka mengambil masa 2 hingga 3 tahun untuk disiapkan.

Sekian, terima kasih.​


Attachments