Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 October 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

7

Soalan

YB DATUK ROZMAN BIN ISLI [ LABUAN ]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan untuk mengganti paip seluruh Labuan memandangkan keadaan paip yang sudah terlalu lama dan sering pecah mengganggu rutin seharian masyarakat dan sesetengah industri di Labuan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Di bawah Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan beberapa projek penggantian paip di Labuan seperti berikut:

i. Projek menaiktaraf dan mengganti sistem agihan bekalan air sedia ada di sepanjang Jalan Mohd Salleh & Jalan Bebuloh dari persimpangan Tun Mustapha hingga Terminal Minyak Mentah Shell di Kiamsan dengan kos berjumlah RM100 juta. Panjang paip adalah 30 kilometer dan projek ini sedang dalam proses pelantikan perunding dan dijangka siap pada Mei 2022; dan

ii. Penggantian paip Asbestos Cement (AC) dari tangki Sabah Gas Industry (SGI) – ke kawasan industri Ranca-Ranca Labuan sepanjang 6 kilometer menggunakan paip Mild Steel Cement Lined (MSCL) berukuran 600 milimeter (mm) dengan kos berjumlah RM36 juta. Projek ini telah siap pada Jun 2016.

Sekian, terima kasih​


Attachments