Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 October 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

35

Soalan

​​

PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE
[ SANDAKAN ]  Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-

(i) meningkatkan loji rawatan pembetungan yang sedia ada di Sandakan memandangkan peningkatan penduduk yang pesat; dan
(ii) menggantikan sistem kumbahan terus ke marin di Sandakan, Sabah dimana pada masa ini sisa kumbahan tidak dirawat sebelum dibuang terus ke laut.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini untuk menerangkan bahawa perkhidmatan pembetungan di negeri Sabah tidak dikawal selia oleh kerajaan Persekutuan di mana Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) tidak digunapakai di negeri Sabah. Justeru, perancangan serta pembangunan perkhidmatan pembetungan di Sabah dilaksanakan oleh pihak kerajaan Negeri melalui Cawangan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah.

2. Namun, Cawangan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah mengemukakan dua (2) permohonan bagi projek Skim Pembetungan Sandakan Fasa 2 - Tadahan Barat Laut dan Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Dan Rangkaian Paip Pembetungan Di Bandar Sandakan kepada Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-sebelas (RMKe-11) pada tahun 2020.

3. Skop kerja di dalam pelaksanaan kedua-dua projek ini dapat menyelesaikan isu pembetungan kesan daripada peningkatan penduduk di kawasan Sandakan dan juga isu sisa kumbahan yang dilepaskan terus ke laut.

Sekian, terima kasih.​


Attachments