Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

22 October 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

23

Soalan

DATUK HAJI HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS [ HULU LANGAT ]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status pewujudan Akta Profesion Rimbawan yang dicadangkan pihak Kementerian untuk memulihkan persepsi rakyat bahawa pengurusan hutan di Malaysia diuruskan secara mampan, bersih serta berintegriti untuk menjawab serangan NGO di dalam dan luar negara secara berterusan yang telah menghakis keyakinan rakyat terhadap pengurusan hutan di Malaysia.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah selesai melalui proses Analisis Impak Peraturan atau Regulatory Impact Analysis (RIA) bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Proses seterusnya ialah pelaksanaan sesi Town Hall sebelum mengemukakan draf RUU yang telah dimuktamadkan kepada kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Objektif utama penggubalan RUU Rimbawan Malaysia adalah bagi mengiktiraf profesion Rimbawan melalui pendaftaran ahli-ahli Rimbawan serta mewujudkan kerangka perundangan yang bertujuan untuk mengawalselia etika dan amalan perhutanan profesion Rimbawan dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Di bawah Akta ini sebuah Lembaga iaitu Lembaga Rimbawan akan ditubuhkan bagi memberikan khidmat nasihat dan perkhidmatan teknikal profesional berkaitan dengan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.

Pewujudan Lembaga Rimbawan yang merupakan badan penilaian bebas akan dapat menaikkan imej dan kewibawaan institusi perhutanan negara. Selain itu, Lembaga Rimbawan juga akan berperanan untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia mengenai tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan melalui Jabatan Perhutanan bagi mencapai Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) dalam konteks transparency dan akauntabiliti.

Sekian, terima kasih.​


Attachments