Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

22 October 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

28

Soalan

YB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM [ ARAU ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-

(a) adakah pihak Kerajaan bercadang untuk memulihkan semula bekalan air terawat di Perlis yang menghadapi masalah teruk dan bilakah pihak Kerajaan akan menyelesaikannya ; dan

(b) apakah usaha-usaha pihak Kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini kerana terdapat laporan mengatakan ramai penduduk kampung terpaksa membayar bil air setiap bulan tetapi tangki masih lagi kosong .


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Seperti sedia maklum, masalah yang dihadapi ini adalah berpunca dari ketidakupayaan Syarikat Air Perlis (SAP) dan juga Kerajaan Negeri untuk membiayai kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf infrastruktur sistem bekalan air di Perlis. Perkhidmatan bekalan air sering terjejas berikutan beberapa buah loji rawatan air utama tidak dapat diselenggarakan dengan baik lantas mendatangkan kesan yang serius ke atas kualiti bekalan air yang dibekalkan kepada pengguna.

2. Justeru, Kementerian melalui Bahagian Bekalan Air (BBA) telah mengambil beberapa langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Antaranya adalah:

i. Projek Langkah Mitigasi Jangka Pendek Perkhidmatan Bekalan Air Perlis dengan kos berjumlah RM41 juta;

ii. Pelaksanaan Kerja-Kerja Pengurangan Kadar NRW dengan kos berjumlah RM50.8 juta; dan

​iii. Pelaksanaan Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RP 4 RMKe-11) dengan kos berjumlah RM105 juta.

3. Sehubungan itu, adalah dijangkakan dengan pelaksanaan projek-projek di atas dapat menyelesaikan masalah bekalan air negeri Perlis.

Sekian, terima kasih.


Attachments