Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

22 October 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

31

Soalan

TUAN YUSUF BIN ABD. WAHAB
[ TANJONG MANIS ]  Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah perancangan untuk menambah keupayaan empangan atau loji di Loji Rawatan Air di Bayong, Sarikei untuk mengatasi masalah tekanan air yang rendah di kawasan sekitar seperti Tanjung Manis dan Sg. Sian, Bintangor

Jawapan


Tuan Yang di- Pertua,

1. Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan peruntukan bagi projek naiktaraf Loji Rawatan Air Bayong dari 70 JLH kepada 100 JLH. Projek tersebut sedang ditender pada bulan Oktober 2019 dan pembinaan dijangka mula pembinaan pada bulan Disember 2019 dengan tempoh pembinaan selama 24 bulan.

2. Bagi mengatasi masalah tekanan air yang rendah di kawasan Tanjung Manis pula, projek menaiktaraf stesen pam penggalak Baji sedang dilaksanakan. Skop kerja ini termasuk menaiktaraf sistem perpaipan dari stesen pam penggalak Baji hingga ke tangki air Sekumang di Tanjung Manis. Apabila siapnya projek ini, maka kapasiti air ke kawasan Tanjung Manis akan dapat ditingkat dari 9 JLH ke 18 JLH. Selain itu, terdapat sebuah lagi projek di perancangan Lembaga Air Sibu iaitu untuk enyalurkan air mentah sebanyak 20 JLH ke Tanjung Manis.

3. Bagi kawasan Sg Sian pula, terdapat projek pembinaan stesen pam penggalak, tangki aras tinggi dan saluran paip di kawasan Sg Sian,

Bintangor yang juga dalam peruntukan kerajaan negeri Sarawak. Projek ini kini dalam peringkat rekabentuk akhir dan dijangka akan ditender dalam penghujung Oktober 2019.

Sekian, terima kasih.

Attachments