Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

29 October 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

15

Soalan

DATO' NGEH KOO HAM (BERUAS)​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan polisi Kerajaan berkenaan dengan eksport pasir ke luar negara. Adakah terdapat polisi-polisi yang berlainan terhadap pasir sungai, pasir lombong, pasir laut dan pasir jenis yang lain.

Jawapan

Tuan yang di- Pertua,

1. Terdapat beberapa pengelasan pasir yang dikendalikan oleh Kementerian ini berdasarkan kewujudan, kegunaan dan kandungan mineral bahan tersebut. Contohnya, pasir sungai, pasir laut, pasir lombong, pasir pantai dan pasir silika.

2. Merujuk kepada dasar terkini Kerajaan, pasir yang dibenarkan untuk eksport adalah pasir sungai sahaja manakala pasir lombong, pasir laut dan pasir jenis yang lain tidak dibenarkan untuk dieksport. Pasir silika boleh dieksport dengan syarat mempunyai kandungan silikon dioksida (SiO2) yang tinggi iaitu 95% dan ke atas.

3. Kementerian ini membenarkan pengeksportan pasir sungai ke negara-negara yang mempunyai hubungan dagang dengan Malaysia.

4. Kelulusan/kebenaran Pihak Berkuasa Negeri berkaitan (negeri di mana sumber pasir sungai diperolehi/ diekstrak) adalah diperlukan sebelum pengeluaran Lesen Eksport (AP) kepada syarikat-syarikat pemohon diluluskan untuk mengeksport pasir sungai ke luar negara.

Sekian, terima kasih​


Attachments