Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

29 October 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

19

Soalan

TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON [ TEBRAU ]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sebab apa Loji Rawatan Air Sungai Layang 2 masih belum mula dibina memandangkan rancangan awal ialah mula dibina pada tahun 2014 dan siap pada tahun 2019.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Projek Loji Rawatan Air (LRA) Layang 2 Fasa 1 berkapasiti 160 juta liter sehari sedang dilaksanakan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dengan kos sebanyak RM452.3 juta di bawah inisiatif penstrukturan semula bekalan air Johor. Pelaksanaan projek ini melibatkan proses pengambilan tanah sebanyak 67.7 ekar yang merangkumi 51 ekar tanah negeri dan 16.65 ekar tanah swasta. Setakat ini masih ada 27 lot yang dalam proses pengambilan tanah oleh PAAB.

2. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, projek LRA Layang 2 mengalami kelewatan disebabkan terdapat pindaan reka bentuk projek pembinaan LRA Layang 2 dengan kapasiti 320 JLH dipinda kepada dua fasa (Fasa 1: 160 JLH dan Fasa 2: 160 JLH) pada September 2018 oleh Ranhill SAJ dan kekangan dalam proses pengambilan balik tanah bagi kawasan-kawasan yang terlibat dengan pembinaan loji rawatan air.

3. Bagi penyelesaian ke atas isu kelewatan ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah mohon kerjasama Kerajaan Negeri Johor untuk mempercepatkan proses pengambilan lot-lot tanah ini. Urusan pengambilan tanah ini dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada Disember 2019. Berdasarkan status semasa, projek ini telah dibuka tender oleh PAAB pada 25 Julai 2019 dan dijangka dapat disiapkan menjelang suku ke-3 tahun 2022.

Sekian, terima kasih.​


Attachments