Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

29 October 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

25

Soalan

​DATO' SRI DR. SANTHARA [ SEGAMAT ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian dalam masalah air yang dihadapi oleh masyarakat Melayu di Segamat, khususnya di Buloh Kasap seperti di kampung Kuala Paya, Gelang Chin-Chin yang sering menghadapi masalah air pada setiap musim hari raya dan cuti.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Bagi mengatasi masalah bekalan air bagi Daerah Segamat, Kementerian melalui operator air Ranhill SAJ Sdn. Bhd. telah mengemukakan cadangan pembinaan loji rawatan air baru iaitu LRA Buloh Kasap yang berkapasiti 16 Juta Liter Sehari (JLH) di bawah Rancangan Perniagaan bagi tempoh operasi kedua (2012 – 2014) melalui pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). LRA ini terdiri daripada dua (2) pakej iaitu:

i. Pakej 1 : melibatkan pembinaan loji rawatan air yang telah mencapai status kemajuan kerja sebanyak 97.3% dan dijangka siap pada Oktober 2019; dan

ii. Pakej 2 : melibatkan paip agihan telah mencapai status kemajuan kerja 68.04% sehingga Ogos 2019.

2. Dengan siapnya pembinaan LRA Buloh Kasap ini, jumlah pengeluaran air bersih bagi daerah Segamat akan dapat ditingkatkan. Kadar rizab margin turut akan meningkat melebihi 10% dan seterusnya mengatasi masalah gangguan bekalan air yang dihadapi pada ketika ini.

Sekian, terima kasih


Attachments