Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

04 November 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

2

Soalan

​YBM JAWAB

TUAN CHE ALIAS BIN HAMID,(KEMAMAN)​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan hasrat Kementerian untuk melaksanakan tempoh percubaan untuk menguji keberkesanan prosedur operasi standard (SOP) baru perlombongan dan pengeksportan bauksit.​

Jawapan

Tuan yang di- Pertua,

1. Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang yang disediakan ini telah merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit (pra perlombongan, semasa perlombongan dan pasca perlombongan).

2. SOP ini telah mengambil kira pandangan-pandangan dari semua stakeholder yang terlibat termasuklah masyarakat tempatan, penggiat industri, badan-badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk dan SOP ini dinilai secara bebas oleh Jawatankuasa Eksekutif Penilaian SOP Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri Pahang.

3. SOP tersebut telah mengenakan syarat-syarat yang ketat bermula dari proses permohonan, pengangkutan, stockpile berpusat dan pengeksportan. Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh penggiat industri adalah kelulusan laporan Environmental Impact Assessment (EIA), saiz minimum tapak lombong, pemprosesan bijih bauksit dan lain-lain.

4. Pada peringkat awal, Kementerian berhasrat untuk meneliti keupayaan penggiat-penggiat industri untuk mematuhi semua syarat-syarat dalam SOP tersebut dan juga keupayaan agensi-agensi penguatkuasaan untuk menyelia operasi perlombongan dan pengeksportan bauksit.​

5. Kementerian juga ingin memastikan supaya aktiviti perlombongan bauksit dan mineral-mineral lain dapat dilaksanakan secara mampan dan mempunyai nilai tambah bagi meningkatkan aktiviti ekonomi negara.

6. Bagi menguji keberkesanan SOP yang baharu ini, pihak Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju supaya hanya beberapa operator sahaja dibenarkan di kawasan Gebeng, Kuantan setelah mendapatkan kelulusan-kelulusan seperti yang telah ditetapkan. Kementerian ini dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri Pahang mencadangkan tempoh selama 6 bulan diperlukan bagi menguji keberkesanan SOP yang baharu ini sebelum aktiviti perlombongan bauksit boleh dibuka untuk seluruh Negeri Pahang dan di negara ini.

Sekian, terima kasih.

Attachments