Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

04 November 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

36

Soalan

DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR [JERLUN] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada Kerajaan Negeri sebagai pengganti kepada kehilangan hasil. Ini bagi menyahut saranan Kerajaan Persekutuan untuk memelihara alam semulajadi seperti hutan dari diusahakan melalui pembalakan, operasi kuari batuan dan sebagainya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta pada tahun 2019 untuk pengagihan kepada negeri-negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan perlindungan sedia ada dan menambah kawasan perlindungan yang baharu. Kesemua peruntukan RM60 juta tersebut telah disalurkan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri oleh Kementerian Kewangan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mei 2019.

Pada masa ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang mengkaji instrumen Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT) tersebut bersama dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi menggalakkan Kerajaan Negeri mempertingkatkan usaha bagi melindungi dan mewartakan kawasan Perlindungan.

Sekian, terima kasih.

​​

Attachments