Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

07 November 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

1

Soalan

TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [SELAYANG]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan keadaan dengan cadangan pindaan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Skim Daftaran Pajakan Swasta di mana pembeli rumah tiada pemilikan hartanah tapi hanya menjadi penyewa pajakan tempoh panjang

Jawapan

YBM JAWAB

Tuan yang di- Pertua,

Kanun Tanah Negara telah diperkenalkan hasil daripada amalan semasa di Tanah Melayu dan penyeragaman undang-undang tanah sedia ada. Seksyen 76 Kanun Tanah Negara menyatakan pemilikan tanah hanya dikeluarkan melalui pemberimilikan kekal selama-lamanya ataupun pajakan bertempoh. Keputusan untuk memberi pajakan bertempoh hanya diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri sahaja tidak melebihi 99 tahun.

Adalah dimaklumkan bahawa, setelah dibuat perundingan di antara pihak Kerajaan Persekutuan dengan pihak Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Pengarah Tanah Malaysia Bilangan 2/2018 yang telah diadakan pada 23 Oktober 2018, telah diputuskan bahawa cadangan Private Lease Scheme tidak diteruskan memandangkan pengeluaran hakmilik adalah kuasa eksklusif Kerajaan Negeri.

Sekian, terima kasih.


Attachments