Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

07 November 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

13

Soalan


DATO' SRI DR. SANTHARA [ SEGAMAT ]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI  menyatakan apakah projek terakhir tebatan banjir di Sungai Siput, Segamat. Adakah  ia akan dilaksanakan, kerana semua fasa (6 fasa) yang lain telah disiapkan. Jika ya, bila dan mengapa kelewatan sebelum ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Projek terakhir tebatan banjir bagi Sungai Segamat, Johor adalah Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Muar, Johor – Pembinaan Lencongan Banjir Sungai Segamat-Sungai Genuang dan Kerja-Kerja Berkaitan, Segamat yang telah bermula pada 19 Mac 2014 dan siap pada 15 Disember 2015.

2. Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membuat permohonan projek baru bagi RTB Sungai Siput, Sungai Jementah dan Sungai Legeh, Johor. Sekiranya permohonan diluluskan, projek ini akan dilaksanakan dalam RMKe-12 bermula dengan kerja-kerja awalan iaitu rekabentuk terperinci, kerja-kerja pengukuran dan kerja-kerja penyiasatan tanah.

3. Projek RTB bagi Sungai Siput telah dimohon semasa permohonan projek RMKe-11, namun keutamaan diberi untuk menyiapkan 6 fasa projek RTB di Sungai Segamat memandangkan kawasan tersebut lebih kritikal. Projek ini tidak tergendala sepertimana dinyatakan tetapi belum lagi diluluskan berbanding projek-projek lain yang lebih kritikal dan mendesak dengan keupayaan peruntukan yang ada.

4. Kementerian sememangnya komited dalam menangani masalah banjir bukan sahaja di Daerah Segamat malah semua isu banjir di seluruh Negara.

Sekian, terima kasih

Attachments