Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

07 November 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

17

Soalan

DATUK WIRA HAJAH MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN [ MASJID TANAH ]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini Projek Empangan Sungai Jerneh, Lubok Cina, Melaka.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Makmal Kejuruteraan Nilai projek ini telah diadakan pada 1 hingga 5 Julai 2019. Hasil dari makmal tersebut mendapati terdapat keperluan penambahan kos sebanyak 22.55% iaitu peningkatan sebanyak RM36,799,244.95 berbanding kos yang telah diluluskan terdahulu iaitu sebanyak RM163,214,591.05. Kementerian sedang dalam tindakan untuk mendapatkan kelulusan pertambahan kos tersebut daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Sekiranya kelulusan pertambahan kos diperolehi pada bulan Oktober 2019, pelaksanaan tender boleh diteruskan seperti mana yang dijadualkan iaitu pada bulan November 2019.

Sekian, terima kasih.


Attachments